CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2879|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] BERNAS enggan ulas isu kejatuhan harga belian padi

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) enggan memberi sebarang ulasan mengenai harga padi kerana perkara terbabit adalah urusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Jurucakap Bernas menjelaskan, pihaknya tidak boleh mengulas berkenaan harga padi kerana tidak mahu mengganggu urusan kementerian berkenaan.

"Harga padi ini bukan di bawah penguatkuasaan Bernas. Semua ketetapan harga padi tempatan di bawah seliaan dan kawalan kementerian.

"Kami (Bernas) tidak boleh nak komen apa-apa pasal ini sebab nanti mengganggu urusan kementerian.



"Encik (wartawan) kena melalui kementerian pertanian untuk sebarang pertanyaan merujuk kepada harga padi. Harga siling padi, subsidi semuanya di bawah kawalan kementerian," katanya dalam jawapan menerusi WhatsApp ketika dihubungi hari ini berkenaan harga padi.

Media hari ini melaporkan golongan pesawah menuntut kerajaan bersikap adil dan bertimbang rasa ke atas mereka dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah serta seimbang kepada semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani Mada, Che Ani Mat Zain dilaporkan berkata, pihaknya kecewa atas tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per metrik tan ke harga lantai RM1,200 mulai semalam.

Menurutnya, harga baharu itu adalah lebih rendah berbanding RM1,285 yang diterima pada musim lalu, menyebabkan pesawah berasa tertipu atas pengumuman kenaikan harga padi.

"Kerajaan dan pengilang perlu bersikap adil dan bertimbang rasa kepada petani, kerajaan perlu mengkaji semula bagi menetapkan harga siling beras yang munasabah. Harga padi dan beras perlu diselaraskan dan diseimbang kepada harga yang lebih adil antara petani, pengilang dan pengguna.

"Kerajaan perlu melihat kepentingan dengan adil bagi pengusaha beras tempatan disamping keperluan

petani. Contohnya, kerajaan China memberi bantuan insentif kepada petani mereka sebagai galakan ke

arah meningkatkan tahap pengeluaran dan industri pada negara itu.

"Sebaliknya, Malaysia kini secara tidak langsung menggalakkan rakyat membeli beras import kerana di pasaran kini, pengguna sukar mendapatkan beras tempatan dan yang ada beras import sahaja. Ini memberi keuntungan kepada pihak tertentu membuktikan kegiatan ini mungkin dikawal kartel," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin golongan pesawah menyuarakan rasa tidak puas hati susulan tindakan pengilang mengumumkan harga belian padi diturunkan kepada RM1,200 mulai hari ini, berbanding RM1,700 yang dinikmati mereka sebelum ini.

Mengulas lanjut Che Ani berkata, pihaknya kecewa apabila kerajaan hanya memberi tumpuan kepada harga beras sahaja.

Katanya, kerajaan tidak langsung menyentuh soal nasib pesawah dan harga padi sedangkan mereka yang terhimpit dengan pelbagai isu padi sejak sekian lama.

"Pengumuman peruntukan RM400 juta subsidi beras import untuk kem tentera, polis, asrama sekolah dan hospital adalah bukan jalan penyelesaian jangka panjang, tetapi hanya langkah sementara dan tidak menyeluruh.

"Kerajaan nampaknya tidak sensitif mengenai isu industri padi yang kini rakyat mengetahui dikuasai

kartel di setiap sudut bermula pembajakan, input benih dan baja, tuai padi, kadar potongan berat padi, harga padi dan kadar subsidi sehingga infrastruktur kawasan sawah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-harga-belian-padi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.338645 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list