View: 6568|Reply: 0
|
Tiada lagi aksi Damok di MotoGP?
[Copy link]
|
|
Tiada lagi aksi Damok di MotoGP?
KHIDMAT Damok tidak lagi diperlukan MT Helmets-MSi.
Kuala Lumpur: Impian pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman untuk meneruskan kariernya di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan boleh dikatakan agak sukar.
Ini kerana, selain perlu mencari pasukan baharu yang ketika ini sangat terhad dan sukar untuk diperolehi, hakikatnya belum ada bajet khusus diperuntukkan untuk Syarifuddin atau Damok sekiranya dia terus beraksi di kejuaraan berprestij itu pada musim depan.
Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya serta pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin belum lagi berputus asa untuk memastikan Damok kekal beraksi di MotoGP musim depan.
"Tempat (di Moto3) memang agak terhad dan tidak banyak yang tinggal ketika ini. Ia bergantung kepada kekosongan dan keputusan di pihak kami sama ada nak teruskan atau tidak.
"Zulhfami diarahkan untuk memikirkan pilihan yang ada dan saya sendiri belum bercakap dengannya berkenaan masa depan Damok.
"Belum ada bajet yang diperuntukkan lagi, segalanya bergantung kepada kerajaan atau penaja untuk menyokong mendapatkan tempat (di Moto3)," katanya.
Zulhfami menerusi laporan Arena Metro sebelum ini mengesahkan pasukan diwakili Damok ketika ini, MT Helmets-MSi tidak mahu terus menggunakan khidmatnya pada musim depan.
Ia susulan prestasi hambar Damok pada musim pertamanya di kejuaraan berprestij itu yang menyaksikannya hanya mengutip lima mata selepas 14 pusingan perlumbaan ketika rakan sepasukannya, Diogo Moreira menyerlah apabila meraih 103 mata untuk menduduki tempat ketujuh pelumba Moto3.
Sementara itu mengenai jualan tiket untuk MotoGP di SIC pada bulan depan, Azhan berkata sambutannya agak memberangsangkan apabila kira-kira 70 peratus tiket sudah terjual dengan tiket Rahmah serendah RM49.90 masih boleh diperolehi.
"Setakat ini kira-kira 1,000 tiket (Rahmah) sudah terjual. Cuma untuk tiket Main Grandstand, F dan K1 terjual dengan cepat," katanya.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ksi-damok-di-motogp
|
|
|
|
|
|
|
| |
|