CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4212|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk terpaksa 'ikat kaki' angkara Pak Belang

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:42 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK sedang berkawal berhampiran mayat yang dibaham harimau di kawasan hutan Kampung Perwer. FOTO Ihsan penduduk

Gua Musang: Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini, menghentikan aktiviti berkebun dan mencari hasil hutan susulan serangan hidupan liar dipercayai harimau belang sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di penempatan itu baru-baru ini.

Penghulu Kampung Pasik Asem Along berkata penduduk dibelenggu ketakutan selepas menyaksikan sendiri kelibat haiwan buas terbabit ketika sedang berkawal di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa yang dibaham harimau itu di kawasan hutan Kampung Perwer pada 4 pagi semalam.

Asem berkata disebabkan itu lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.

"Penduduk dapat melihat dengan jelas kelibat harimau belang yang muncul di kawasan mayat dijumpai pada waktu hampir subuh itu. Haiwan itu adalah harimau dewasa dengan ketinggian pada paras pinggang lelaki dewasa.

"Melihatkan saiznya yang besar dan ada nyawa yang terkorban, kami tidak berani lagi keluar dari kawasan rumah walaupun bergerak dalam kumpulan yang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pisie Amud, 25, ditemukan meninggal dunia dengan kaki kirinya hilang disyaki dibaham harimau selain kesan cakaran haiwan itu pada kepala dan badannya di kawasan hutan Pos Pasik di sini Rabu lalu.

Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di dalam kawasan cerun dalam hutan itu dibawa keluar dan dihantar ke unit forensik Hospital Gua Musang petang semalam.

Ia berikutan laluan untuk masuk ke kawasan itu hanya boleh diakses oleh kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam serta bergantung kepada cuaca untuk sampai ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Penghulu Kampung Bering Anjang Renget berkata sebelum ini, penduduk pernah terjumpa kesan tapak kaki harimau di penempatan itu, namun tidak pernah membuat sebarang laporan.

"Sebelum ini kita memang tahu haiwan itu ada kerana terjumpa kesan tapak kaki di dalam kawasan hutan tetapi kita tidak melaporkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana tidak pernah nampak kelibat dan tidak berlaku sebarang ancaman kepada penduduk," kata Anjang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik Muhamad Sani Ngahtiman pula berharap Perhilitan dapat menangkap harimau belang itu demi keselamatan penduduk.

"Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan penduduk terjaga selepas kejadian yang menimpa mendiang Pisie Amud," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-pak-belang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 2.757115 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list