CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Gaduh: 30 sudah ditahan, beberapa lagi masih diburu

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis sudah menahan 30 orang setakat ini membabitkan kes rusuhan dalam urusan menunda kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tangkapan terbaru membabitkan lapan suspek selain seramai 22 individu yang ditahan sebelum ini.

Menurutnya, ada antara mereka masih direman.

"Kita masih memburu beberapa lagi suspek berkaitan kes ini.

"Saya beri amaran keras kepada mereka yang terbabit bahawa pihak polis tidak akan bertolak ansur, kita akan cari sampai dapat, jangan cabar kita," katanya kepada pemberita dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Terdahulu, Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan menggunakan senjata membabitkan beberapa orang suspek di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan dua pihak untuk menunda kereta itu.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-lagi-masih-diburu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.091229 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list