View: 600|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Apa sebenarnya nasib Daniel?
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Kuala Lumpur: Ahli keluarga seorang lelaki yang didakwa tidak pulang ke rumahnya di ibu kota sejak 3 Oktober lalu selepas membuat urusan penjualan telefon pintar di Pulau Pinang sudah membuat laporan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields namun kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.
Terdahulu media melaporkan seorang lelaki didakwa tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu selepas membuat urusan penjualan telefon dengan pelanggan tidak dikenalinya.
Muhammad Daniel Haikal yang berusia 27 tahun dikatakan kali terakhir dikesan berada di negeri Pulau Pinang.
Menerusi hantaran Instagram ibu saudaranya, Eyraswan, Muhammad Daniel sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.
Susulan daripada itu, semakan rekod log aktiviti mendapati, lelaki terbabit membuat panggilan video berkenaan di George Town.
"Anak buah saya, Danial, sudah hilang sejak beberapa hari lalu selepas pergi menghantar iPhone dengan customer (pelanggan) yang tidak dikenali.
"Dia sempat 'video call' dengan tunangnya dan meminta tolong untuk diselamatkan. Dalam masa sama dia menangis dan berlari untuk mencari jalan keluar dari tempat itu (tidak dinyatakan).
"Tetapi video call terputus sebab bateri telefon habis. Dia tak sempat beritahu di mana lokasinya," katanya.
Eyraswan turut meminta orang ramai menyebarkan berita kehilangan anak saudaranya itu agar Muhammad Daniel dapat ditemui segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... narnya-nasib-daniel |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|