CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

[Kelantan] Sanggup tempuh perjalan 100 km beli beras

[Copy link]
Post time 8-10-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG penduduk Orang Asli sedang membeli beras di sebuah pasar raya di Gua Musang. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Blau, di sini, sanggup menempuh perjalanan hampir 100 kilometer (km) menggunakan motosikal bagi membeli beras tempatan putih.

Anglah Angah, 41, yang tinggal di Kampung Kelaik, Pos Blau mendakwa harga beras di perkampungannya mencecah sehingga RM50 bagi 10 kilogram (kg).

"Di kampung saya harga bagi 10 kg beras mencecah sehingga RM50 lebih, manakala yang 5 KG dijual dengan harga RM20. Harga untuk satu kilogram gula pula dijual dengan harga RM5.

"Ahli keluarga saya seramai lapan orang, jadi 10kg beras hanya boleh tahan selama seminggu sahaja," katanya.

Menurutnya, barang keperluan asas lain seperti gula dan minyak masak turut mahal.

"Saya faham apabila harga dijual lebih mahal kerana peruncit juga membeli dengan harga yang sama di bandar dan sudah pastilah mereka pun nak untung," katanya ketika ditemui di sini.

Anglah berkata, dengan pendapatannya yang menjual hasil hutan seperti buluh, kenaikan harga barangan sangat dirasakan.

"Kami masyarakat Orang Asli semakin terhimpit dan tertekan dengan kenaikan harga barang. Jika dulu kami boleh bergantung kepada tanaman ubi kayu, kini kawasan kebun kami sudah menjadi ladang durian Musang King," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang, Zamzani Harun mengakui menerima rungutan dan aduan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.

"Kami ambil maklum akan aduan mereka dan sudah mengajukan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuat tindakan susulan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-100-km-beli-beras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.584604 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list