CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 0

[Selangor] Bangunan PKNK Sungai Petani ‘dijajah’ peniaga warga asing

[Copy link]
Post time 8-10-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Antara kedai di sekitar Pekan Sungai Petani yang dikuasai peniaga warga asing yang dikongsi di laman Facebook.

PETALING JAYA – Seorang individu meluahkan kekecewaan apabila deretan kedai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di Jalan Petri, Sungai Petani, Kedah yang sepatutnya diusahakan peniaga tempatan kini dikuasai warga asing.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, lelaki yang dikenali Firdaus Yusoff memaklumkan sejak 20 tahun lalu, kebanyakan kedai di situ diusahakan peniaga tempatan.

Malah katanya, kawasan itu juga menjadi transit pengangkutan awam utama di Sungai Petani.

“Saja harini tergerak nak mai (datang) cari makan kat tapak stesen bas pekan (tapak stesen bas lama) di Pekan.

“Terkejut dan sedih, kedai yang dimiliki PKNK jadi kedai warga asing. Lagi saya terkejut warga Nepal jual sayur di tapak milik PBT,” tulisnya.

Lebih menyedihkan kata Firdaus berkata, beberapa kedai di situ juga sebelum ini menjadi tempat lepak pelajar sekolah sebelum pulang ke rumah.

“Kedai Pak Cin Bihun Sup selain Restoran Marina tu lah ‘port’ (tempat) budak sekolah terutama budak Sekolah Khir Johari dan berdekatan makan sebelum balik ke rumah masing-masing.

“Saya akan panjangkan juga isu ni kepada agensi berkaitan dan harap sangat jangan tutup sebelah mata. Takkan nak biaq SP (Sungai Petani) jadi macam Pudu,” luahnya geram.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi yang mendakwa isu berkenaan turut didalangi warga tempatan.

“Mereka takkan bertapak sendiri kalau orang Melayu itu sendiri yang benarkan, kena cari siapa yang sewakan kedai ni,” kata Fiza Fiza.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Fazlan Mohd Hashim.

“Tulah orang Melayu banyak yang nak mencari cara dan jalan mudah dengan menyewa sahaja kedai mereka kepada warga asing tanpa risau masalah yang dihadapi masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... eniaga-warga-asing/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list