CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 0

[Kelantan] Pelajar tingkatan tiga dicekup curi duit surau

[Copy link]
Post time 9-10-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Pelajar tingkatan tiga dicekup kerana dipercayai mencuri wang tabung di sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan tiga dicekup kerana dipercayai mencuri wang tabung di sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh, di sini semalam.

Remaja lelaki itu dicekup orang awam sebaik kegiatannya disedari seorang wanita yang merupakan penjaga surau berkenaan, kira-kira pukul 11.40 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurutnya, kegiatan remaja terbabit disedari selepas wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ternampak sebuah basikal di tepi surau dalam keadaan mencurigakan.

“Wanita itu kemudian memeriksa ruangan dalam surau sebelum mendapati tabung surau terbuka dan wang didalamnya hilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, wanita terbabit kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung dan remaja yang masih bersekolah itu diberkas.

Katanya, siasatan juga mendapati remaja terbabit aktif menjalankan kegiatan pecah tabung masjid dan surau sejak September lalu.

Jelasnya, pihak polis akan mendapatkan perintah reman terhadap remaja berkenaan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... up-curi-duit-surau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.317946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list