CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mangsa sindiket Macau Scam dilarikan hingga ke Amerika Selatan

[Copy link]
Post time 9-10-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Seramai 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan selepas dipercayai dilarikan sehingga ke negara Amerika Selatan, Peru.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mangsa terbabit dipercayai mangsa penyeludupan manusia diselamatkan polis Peru dalam satu serbuan di sekitar kota raya Lima yang juga ibu negara republik itu kelmarin.

"Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Republik Peru mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, dan kesemua mangsa warga Malaysia terbabit sudah dikenal pasti dan diselamatkan.

"Kedutaan Besar Malaysia di Lima sudah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua 43 mangsa sudah selesai menjalani proses siasatan dan dijangka dihantar pulang dalam masa terdekat.

"Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau emel [email protected]," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-amerika-selatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.101578 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list