|
KEADAAN terkini Muhamad Mahdi Mohd Mansor Yap. FOTO Ihsan Nor Azlina Abdullah
Kuala Lumpur: Ahli keluarga mangsa kemalangan di Singapura, Muhamad Mahdi Mohd Mansor Yap, memerlukan kira-kira 60,000 mata wang Singapura (SGD) atau RM208,054 bagi membayar bil rawatannya di sebuah hospital di negara berkenaan.
Ibunya, Nor Azlina Abdullah, 53, berkata, pihaknya menerima bil rawatan dari hospital berkenaan berjumlah SGD125,000 atau RM433,450 sehingga semalam.
"Daripada jumlah itu, SGD60,000 (RM208,054) dibayar menerusi tuntutan insurans. Kami juga ada menerima sumbangan daripada orang ramai berjumlah kira-kira SGD5,000 (RM17,338).
"Ia menjadikan bayaran terkumpul setakat ini SGD65,000 (RM225,394). Justeru itu, kami masih memerlukan SGD60,000 (RM208,054) lagi bagi membayar bil rawatan hospitalnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nor Azlina berkata, pihaknya sudah bertemu dengan wakil Kedutaan Malaysia di Singapura bagi membincangkan mengenai perkara itu, beberapa hari lalu.
"Kini, kita sedang berusaha untuk membawa dia balik bagi mendapatkan rawatan di sini dan berharap supaya urusan itu dipermudahkan," katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Muhamad Mahdi, 23, terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura pada 8 September lalu.
Satu-satunya anak lelaki Nor Azlina itu mengalami kecederaan parah akibat digilis van dan mengakibatkan tulang belakangnya hancur pada bahagian L1,L2, dan L3.
Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi kakaknya di nombor akaun, 154138069805 (Maybank) atas nama Nor Ainaa Mohd Mansor Yap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bayar-bil-hospital |
|