CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Terengganu] Rompak wanita di dobi layan diri, lelaki dihukum penjara, sebat

[Copy link]
Post time 10-10-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba merompak seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri. FOTO FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: Penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba merompak seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas Muhammad Faiz Radzali, 25, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan rompakan serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 31 tahun.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus, pada 3 petang 30 September lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditahan pada 1 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera akibat ditikam dipercayai menggunakan senjata tajam di sebuah premis dobi layan diri berhampiran Kem Sri Pantai, Seberang Takir Kuala Nerus.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hukum-penjara-sebat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.472741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list