CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2266|Reply: 0

[Kelantan] JBPM Kelantan sasar sifar kematian menjelang musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan JBPM Kelantan, Anwar Abu Bakar, (dua dari kiri) bersama Pengasas Yayasan Raja Shamri (YRS), Raja Shamri Raja Husin (kanan) ketika ditemui di Latihan Berasaskan Masyarakat (COMBAT) di Bukit Kwong, di sini, hari ini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menjalankan latihan berasaskan masyarakat bagi menyasarkan sifar kematian menjelang musim tengkujuh yang bakal tiba, pada tahun ini.

Timbalan JBPM Kelantan, Anwar Abu Bakar, berkata pihaknya turut menyusun program latihan menyelamatkan diri supaya masyarakat yang terjejas banjir menguasai langkah awal jika berhadapan situasi getir.

Katanya, aktiviti berkenaan difokuskan kepada peserta yang kediamannya terdedah dengan banjir seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas, dan Tumpat yang sering menjadi tumpuan sepanjang tengkujuh.

"Melalui mesyuarat bencana peringkat negeri, taburan hujan tinggi bakal berlaku bermula November, justeru penduduk terutama di penempatan rendah untuk bersiap siaga berhadapan dengan bah yang bakal melanda.

"Malah, kami di JBPM Kelantan sentiasa bersedia daripada segi keanggotaan dan aset jentera agar misi membantu dan menyelamat mangsa banjir berjalan lancar.

"Selain itu, pasukan bomba di setiap daerah turut mengambil inisiatif mendekati penduduk setempat dengan sentiasa membuat rondaan serta memberi nasihat agar terus berwaspada," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Latihan Berasaskan Masyarakat (COMBAT) di Bukit Kwong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengasas Yayasan Raja Shamri (YRS), Raja Shamri Raja Husin,

Program COMBAT dijalankan hasil kerjasama JBPM Kelantan bersama Yayasan Raja Shamri (YRS) yang disertai 70 peserta terdiri daripada penduduk yang terdedah dengan bah di sekitar Rantau Panjang.

Anwar berkata, JBPM Kelantan menetapkan hanya 20 peratus pegawai dan anggota dibenarkan untuk mengambil cuti namun ia akan dibekukan jika banjir besar melanda.

"Sepanjang musim banjir, anggota daripada balai yang tidak terbabit dengan musibah berkenaan akan ditempatkan sementara ke kawasan terjejas untuk memberi bantuan.

"Kami di JBPM merangka pelbagai program untuk memberi ilmu dan kesedaran kepada masyarakat, tetapi penduduk sendiri juga perlu turut sama memberi kerjasama.

"Mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah awal dengan meninggalkan kawasan rumah jika air mula naik seterusnya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.135493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list