|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/nasofaijgowrg_1696912558.jpg)
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan memberitahu pengurusan Al-Nassr yang dia mahu memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2027. - Foto AGENSI
RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan memberitahu pengurusan Al-Nassr yang dia mahu memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2027.
Ronaldo berpindah ke Arab Saudi pada Disember 2022, dan kariernya kembali memuncak apabila meledak 25 gol dan melakukan lapan umpanan gol dalam 30 perlawanan bersama Al-Nassr.
Pemain 38 tahun itu turut dilantik sebagai kapten Al-Nassr, dengan skuadnya kini berada di tangga ketiga Liga Pro Saudi di belakang Al-Taawoun dan Al-Hilal yang dibintangi Neymar.
"Cristiano Ronaldo memaklumkan kepada pengurusan kelab Saudi itu yang dia mahu memperbaharui kontraknya sehingga awal tahun 2027.
"Cristiano mahu beraksi di Piala Dunia 2026 ketika menjadi pemain Al-Nassr, dan kemudian dia akan mengumumkan persaraannya," kata wartawan bola sepak, Ali Al-Harbi.
Sekiranya beraksi di edisi Piala Dunia akan datang, Ronaldo akan berusia 41 tahun - pencapaian menakjubkan oleh penyerang legenda itu sebagai seorang atlet. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ui-kontrak-al-nassr |
|