View: 1746|Reply: 0
|
Peluang De La Fuente buktikan La Roja semakin meningkat
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EURO-2024-ESP-TRAINING_1696993309.jpg)
DE La Fuente (tengah) memberi arahan kepada pemain Sepanyol. FOTO AFP
Barcelona: Jurulatih Sepanyol Luis de la Fuente yang dilantik secara mengejut dan berdepan kekalahan awal memalukan kepada Scotland Mac lalu membuatkan beliau berada dalam tekanan sebelum projeknya baharu bermula.
Skandal ciuman paksa Luis Rubiales yang menggegarkan bola sepak Sepanyol menyaksikan De la Fuente dikritik kerana reaksinya namun beliau terselamat daripada gelombang pemecatan beramai-ramai Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) bulan lalu.
Di atas padang untuk tempoh sementara, pengendali La Roja pemain berusia 62 tahun itu semakin menunjukkan peningkatan dan apabila mereka menentang Scotland di Seville Jumaat ini dalam kelayakan Euro 2024, mereka mempunyai peluang untuk membuktikannya.
"Saya berasa sangat kuat, dan dihormati – yang penting ialah keputusannya," kata De la Fuente September lalu, menjelang perlawanan kelayakan menentang Georgia dan Cyprus, yang dimenangi Sepanyol berdasarkan keputusan meyakinkan.
De la Fuente mengetuai Sepanyol merangkul piala pertama sejak Euro 2012 pada Jun, mengatasi Itali dan kemudian Croatia dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara.
Dalam enam perlawanannya sebagai pengurus Sepanyol beliau memperoleh lima kemenangan, dengan kekalahan oleh Scotland di Glasgow satu-satunya kecacatan.
Scott McTominay menjaringkan dua gol untuk tuan rumah dalam perlawanan itu dan Scotland mencatat rekod sempurna lima kemenangan daripada lima aksi, mendahului Kumpulan A – mereka boleh layak dengan kemenangan di Seville, atau jika Norway gagal menewaskan Cyprus.
Pemain tengah Sepanyol dan Manchester City, Rodri dengan marah menggambarkan gaya Scotland sebagai 'sedikit sampah' dan 'bukan bola sepak'.
Rodri dengan cepat menjadi tonggak pasukan De la Fuente, berikutan persaraan antarabangsa pemain veteran, Sergio Busquets.
Selepas dilantik pada Disember untuk menggantikan Luis Enrique sebaik Sepanyol tersingkir di pusingan 16 terakhir di Piala Dunia Qatar, De la Fuente membuat beberapa perubahan lain pada komposisi skuad.
Jurulatih itu mengetepikan penjaga gol Manchester United, David de Gea dan memberikan penyerang Sepanyol ketika itu Joselu panggilan pertamanya.
Hanya 11 daripada 26 pemain Piala Dunia terselamat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-semakin-meningkat |
|
|
|
|
|
|
| |
|