View: 1813|Reply: 0
|
Maignan terlepas aksi bertemu Juve
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EURO-2024-QUALIFIER-FRA-TRAINING_1696990343.jpg)
MAIGNAN ketika bersama di kem latihan Perancis. FOTO AFP
Milan: Mike Maignan akan terlepas pertembungan Serie A AC Milan dengan Juventus selepas dia digantung satu perlawanan kerana dibuang padang dalam perlawanan yang kini terkenal dengan aksi ketangkasan Olivier Giroud sebagai penjaga gol.
Penjaga gol Perancis itu dilayangkan kad merah pada minit ketujuh masa tambahan dalam kemenangan 1-0 ke atas Genoa selepas mengasari Caleb Ekuban.
Media Itali melaporkan bahawa Maignan berisiko digantung dua perlawanan tetapi Serie A berkata, Maignan akan terlepas satu perlawanan, bagi membolehkan dia beraksi dalam kunjungan pendahulu liga itu ke Napoli akhir bulan ini.
Pertahanan Perancis, Theo Hernandez juga akan terlepas perlawanan menentang Juve selepas rehat antarabangsa apabila digantung satu perlawanan berikutan mengumpul kad kuning kelimanya musim ini.
Maignan digantikan di gawang oleh rakan sepasukannya di Les Bleus, Giroud, penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman, kerana Milan sudah menghabiskan semua pertukaran mereka.
memperoleh kemenangan tipis dan mendahului dua mata di depan pencabar setempat, Inter Milan di puncak carta.
Dia menamatkan perlawanan yang luar biasa, di mana penjaga gol Genoa, Josep Martinez turut dibuang padang, dengan tergesa-gesa keluar dari gawangnya untuk menafikan percubaan Genoa dua kali dan memastikan Milan meraih tiga mata kembali ke San Siro.
Milan kemudian meletakkan pemain berusia 37 tahun itu dalam senarai skuad mereka sebagai penjaga gol, dan membenarkan peminat membeli jersi penjaga gol replika dengan tertera nama 'Giroud 9 di belakang sebagai penghormatan kepada usahanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-aksi-bertemu-juve |
|
|
|
|
|
|
| |
|