CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2496|Reply: 0

[Selangor] 'Bukan pengalaman mistik pertama saya'

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

SYED Muhammad Shah Hasif mengangkat rambut ditemui dalam rebusan mi laksa. FOTO Ihsan Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman

Klang: "Terserah nak percaya atau tidak tapi apa yang saya kongsikan itu memang benar…hanya yang merasainya saja akan faham."

Demikian reaksi usahawan, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 31, ketika diminta mengulas kisah isterinya Fatin Syazwani Ishak, 25, yang menemukan segumpal rambut dalam rebusan mi laksa.

Kisah itu mendapat perhatian hingga meraih 1.8 juta tontonan selepas berkongsi video di TikTok.

Merungkai kisah sebenar, Syed Muhammad Shah Hasif berkata, gumpalan rambut itu ditemukan isterinya pada Ahad lalu dan mengejutkan kerana tak sangka dengan apa ditemuinya.

Lebih menghairankannya apabila kejadian itu berlaku ketika dia dan isteri merancang untuk membuka semula perniagaan laksa minggu lalu.

"Kisahnya pada hari kejadian, isteri rebus mi laksa dan tinggalkan sekejap sementara saya siapkan.

"Selepas kembali ke dapur, dia dapati ada sehelai rambut dalam rebusan mi. Tapi selepas dikacau, isteri jumpa segumpal rambut di dalamnya.

"Isteri kemudian panggil saya dan terkejut rasanya apabila tengok gumpalan itu. Jadi saya pun rakam, tak sangka pula video itu akan tular," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Syed Muhammad Shah Hasif, itu bukan kali pertama dia berdepan pengalaman mistik itu kerana pernah berdepan pengalaman aneh sebelum ini.

"Ramadan lalu, saya berniaga di tapak niaga dan semuanya okay sehingga empat hari sebelum raya apabila pelanggan serta keluarga beritahu tak nampak gerai saya.

"Keesokannya, saya berniaga lagi tapi daripada tengah hari sampai petang tak ada pelanggan datang hingga akhirnya saya sepakat bungkus makanan kemudian sedekah ke masjid.

"Bayangkan, tiga tong kuah laksa tak habis sedangkan selalunya sejam hingga satu jam setengah saja sudah habis," katanya.

Tidak terhenti di situ, kejadian aneh berlaku dua minggu selepas Aidilfitri iaitu selepas gerai dibuka semula.

"Hari pertama berniaga, kuah laksa yang baru dimasak basi selepas sampai di tapak niaga.

"Sampai macam itu sekali dan itu juga punca saya dan isteri tak teruskan niaga sebelum ini," katanya.

Meskipun diuji dengan pengalaman menakutkan, Syed Muhammad Shah Hasif enggan menuduh sesiapa kerana tiada bukti.

Bagaimanapun, dia ada berikhtiar dengan berjumpa pengamal perubatan Islam.

"Ikutkan malas fikir sebenarnya sebab niat saya nak cari rezeki. Nak tuduh sembarangan tak boleh kerana bimbang jatuh fitnah pula nanti.

"Cuma sejak kejadian itu, saya ada beberapa kali didatangi mimpi yang menakutkan selain sakit kaki sampai gunakan tongkat.

"Isteri pun ada mimpi buruk cuma setakat ini, dia dan anak okay , tak ada masalah kesihatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mistik-pertama-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035471 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list