View: 2464|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pekerja gig tolak sertai latihan kerana 'rugi' terlepas gaji, upah
[Copy link]
|
|
Kementerian Sumber Manusia dapati penyertaan golongan pekerja gig dalam setiap latihan yang disediakan kerajaan begitu rendah kerana sukar untuk ‘melepaskan’ pekerjaan mereka sekarang. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Terdapat pekerja dalam sektor gig menolak menyertai latihan yang disediakan menerusi inisiatif Kerjaya Madani kerana enggan melepaskan gaji atau upah yang dinikmati ketika ini.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya mendapati penyertaan golongan itu dalam setiap latihan yang disediakan kerajaan begitu rendah kerana sukar untuk 'melepaskan' pekerjaan mereka sekarang.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sedang mencari jalan untuk memastikan golongan itu 'terjamin' dari segi peluang untuk mendapatkan pekerjaan formal dan perlindungan sewajarnya sekiranya mereka menyertai latihan disediakan.
Oleh kerana penyertaan dalam sektor ekonomi gig semakin meningkatkan saban tahun sehingga mencecah kira-kira 1.1 juta pekerja sekarang, tegasnya sektor itu harus diberi perhatian serius oleh kerajaan.
"Berkaitan pekerja gig, memang ini juga adalah satu daripada trend atau pola yang perlu kita tangani sebab kalau dulu mungkin kita kurang arif berkait dengan istilah gig ini. Tetapi hari ini hampir setiap hari kita mendengar orang sebut pasal gig.
"Kita juga mempunyai pendekatan untuk memastikan bahawa golongan ini juga mendapatkan perlindungan dan kita juga mahu memastikan bahawa mereka juga perlu diberi ruang atau peluang untuk berubah daripada ekonomi gig kepada sektor formal.
"Untuk itu, kita juga ada program di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), ...program Kerjaya Madani di bawah PERKSO iaitu untuk memberi latihan kepada pekerja gig supaya mereka boleh beralih daripada industri gig kepada sektor formal.
"Sebanyak RM42 juga telah disediakan oleh kerajaan kepada PERKESO untuk memberi latihan di bawah Kerjaya Madani. Banyak inisiatif yang diambil oleh PERKESO tetapi saya juga harus nyatakan bahwa walaupun ada inisiatif kerajaan di bawah Kerjaya Madani, tetapi tahap pengambilan adalah masih rendah di kalangan pekerja gig.
"Sebabnya apabila mereka diminta untuk hadir latihan seperti ini, mereka terpaksa melepaskan gaji atau upah yang mereka terioma jika mereka bekerja pada tempoh latihan tersebut dan mereka sukar untuk melepaskan upah untuk datang latihan," katanya selepas melancarkan Forum Tenaga Buruh Awam Antarabangsa 2023 anjuran PERKSO di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
PUTRAJAYA 02 OCTOBER 2023. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika sidang media berkaitan Penggajian pekerja asing subsektor perkhidmatan tukang gunting, tukang emas dan tekstil di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Turut hadir Pengerusi PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Sementara itu, mengenai cadangan pelaksanaan e-Wages, Sivakumar berkata meskipun ia munasabah untuk dilaksanakan namun tidak boleh dibuat secara terburu-buru sambil menambah pihaknya masih menjalankan perbincangan mengenai perkara itu.
"Saya mengakui bahawa perkara ini telah dibawa ke Kabinet sebelum ini kalau tak silap saya. Pada tahun lalu telah pun mendapatkan kelulusan daripada Kabinet oleh kerajaan terdahulu.
"Bagaimanapun, perkara ini akan diteliti dengan sepenuhnya. Kita telah mengadakan perbincangan di KSM berkaitan e-Wages.
"Saya mengakui bahawa e-Wages adalah satu yang munasabah dan perlu dilaksanakan tetapi kita juga kena melihat secara terperinci dan tidak boleh melaksanakan secara terburu-buru.
"Kita di peringkat kementerian memang telah mengadakan perbincangan beberapa kali dan tindakan selanjutnya akan dilaksanakan kemudian," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -terlepas-gaji-upah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|