CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 0

[Kelantan] PGA lepas dua tembakan, tekong bawa tujuh PATI dicekup

[Copy link]
Post time 11-10-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah trak pikap jenis Nissan Navara membawa tujuh PATI yang ditahan di padang sebuah sekolah di Palekbang, Tumpat. - Foto IHSAN POLIS

TUMPAT – Seorang tekong darat yang membawa tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dicekup selepas tayar trak pikap yang dipandunya terkena dua das tembakan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Palekbang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.58 petang itu, anggota PGA terpaksa melepaskan tembakan selepas trak pikap jenis Nissan Navara yang dipandu suspek berusia 23 tahun itu cuba melarikan diri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota dan pegawai PGA membuat rondaan berhampiran Klinik Kesihatan Tumpat di sini sebelum melihat sebuah trak pikap dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota terlibat kemudiannya mengekori kenderaan itu sebelum mengarahkan pemandunya berhenti, namun suspek bertindak memecut laju trak pikap tersebut ke arah Palekbang.

“Semasa tiba di persimpangan lampu isyarat Palekbang, anggota PGA menghampiri trak pikap itu. Suspek cuba membuat pusingan U, namun gagal.

“Suspek bertindak mengundurkan trak pikap itu sebelum anggota terlibat sempat melompat ke bahagian ruang belakang kenderaan itu untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, insiden itu menyebabkan trak pikap dipandu suspek merempuh kenderaan PGA sebelum ia dipecut laju secara berbahaya ke arah jalan Morak.

Katanya, anggota bertugas yang berada di atas trak pikap bertindak melepaskan dua das tembakan pada bahagian tayar belakang sebelah kanan kenderaan itu.

“Kenderaan itu kemudiannya berhenti di kawasan padang sebuah sekolah di Palekbang. Pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui tujuh orang PATI warganegara India dan Myanmar.

“Pemeriksaan lanjut di dalam trak pikap itu turut menemui satu plastik berisi sebiji pil dipercayai dadah,” ujarnya.

Menurut Muhamad Zaki, suspek mempunyai dua rekod lampau berkait kes dadah selain pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tujuh-pati-dicekup/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.320136 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list