CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mayat pendaki wanita Malaysia disempurnakan di Nepal

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Putrajaya: Proses bedah siasat mayat Tew Loo Sin, 51, pendaki wanita Malaysia yang meninggal dunia ketika menyertai misi menawan Kem Induk Annapurna (ABC) di Nepal, selesai Selasa lalu.

Jurucakap Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal ketika dihubungi berkata, pihak hospital turut mengesahkan punca kematian Tew disebabkan serangan akut gunung.

Menurutnya, proses pembakaran mayat juga sudah dijalankan pada hari sama dan abu mendiang diserahkan kepada rakannya, Wong Khay Chin yang mewakili ahli keluarga.

Wong turut serta dalam aktiviti pendakian itu.

Katanya, Wong akan hadir ke Malawakil hari ini bagi mendapatkan dokumen pengesahan kematian mendiang untuk proses membawa pulang abu mayat Tew, ke tanah air.

"Malawakil akan melaporkan perkembangan seterusnya setelah mendapat maklumat daripada keluarga waris," katanya.

Berita kematian Tew diterima Malawakil di Nepal, kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan), Isnin lalu.

Tew bersama beberapa ahli kumpulan dari Malaysia dilaporkan tiba di Kathmandu, pada 1 Oktober lalu, bagi menyertai aktiviti berkenaan.

Menurut sumber, Tew yang juga peminat aktiviti mendaki dilaporkan mengalami sesak nafas pada malam Sabtu lalu di ABC (4,130 meter/m dari aras laut).

Wanita itu kemudian dibawa turun ke Kim Induk Machapuchare (MBC) (3,600 m dari aras laut) bagi mendapatkan bekalan oksigen.

Tew yang masih bujang dilaporkan meninggal dunia pada 2 pagi Ahad. Ketika kejadian, rakan mangsa ada bersama mendiang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empurnakan-di-nepal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list