View: 2295|Reply: 0
|
[Perak]
Curi 2 jam Rolex suami, wanita didakwa mahkamah
[Copy link]
|
|
Tertuduh, Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan mencuri dua unit jam tangan mewah milik suaminya, lebih dua tahun lalu. selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif. FOTO L. MANIMARAN
Ipoh: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas tuduhan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lalu.
Tertuduh, Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Wanita itu yang dalam proses perceraian dengan suaminya dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9,
Tertuduh didakwa melakukannya di kediaman di Laluan Rapat Ria 3, Pinggiran Rapat Ria, di sini, Januari 2021.
Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala peguam mewakili tertuduh adalah Gurbachan Singh.
Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM7,000 namun Gurbachan merayu jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tertuduh kini adalah suri rumah dan perlu menjaga dua anaknya yang bersekolah.
Gurbachan berkata, anak guamnya itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya itu yang juga seorang pegawai polis dan mereka kini tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.
"Ketika kejadian curi itu berlaku, suami isteri itu masih tinggal bersama," kata Gurbachan sewaktu proses mitigasi.
Mahkamah kemudiannya membenarkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 selain menetapkan 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-didakwa-mahkamah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|