View: 2172|Reply: 0
|
[Perak]
Kerana curi RM77, penoreh dipenjara 7 tahun
[Copy link]
|
|
Abdul Naaim (berbaju lokap warna ungu) mengaku bersalah melakukan pecah rumah. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Kuala Kangsar: Seorang penoreh getah yang juga bekas banduan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, selepas mengaku bersalah melakukan pecah rumah menyebabkan kerugian RM77, Ahad lalu.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Naaim Abu Bakar, 38, sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu melakukan kegiatan pecah rumah dan mencuri wang tunai RM77 milik seorang wanita berumur 39 tahun kira-kira jam 1.10 pagi, 8 Oktober lalu di sebuah rumah di Felda Bersia, di Gerik.
Susulan itu tertuduh dihukum mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK), yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun termasuk sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes dibacakan, tertuduh ditangkap pada waktu kejadian itu juga susulan mangsa menyedari tertuduh tersekat di ruangan tingkap dapur ketika cuba melarikan diri.
Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan tertuduh, sebelum ini juga pernah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 457 KK dan dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Gerik pada 2 Januari 2021.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-dipenjara-7-tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|