CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[Johor] Jerebu: Konjunktivitis, URTI dan asma meningkat di Johor

[Copy link]
Post time 12-10-2023 09:52 PM | Show all posts |Read mode


JKNJ merekodkan peningkatan penyakit mata, jangkitan saluran pernafasan dan asma, susulan jerebu di beberapa kawasan di negeri itu. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan peningkatan penyakit mata (konjunktivitis), jangkitan saluran pernafasan atau (URTI) dan asma, susulan jerebu di beberapa kawasan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, konjunktivitis meningkat kepada 45 kes bersamaan 74 peratus daripada 26 kes berbanding sebelum berlaku jerebu.

"Bagi URTI pula sebanyak 1,528 kes iaitu peningkatan sebanyak 30.1 peratus berbanding 1,174, manakala asma, sebelum jerebu sebanyak 52 kes dan kini meningkat kepada 82 kes atau naik 57 peratus," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar mengambil berat faktor kesihatan kerana Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan jerebu akan menjadi semakin teruk.

"Semua diingatkan agar tidak melakukan aktiviti terbuka, sebaliknya minumlah air masak dengan banyak serta memakai pelitup muka jika ada masalah kesihatan," katanya sambil menambah pihak agensi kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan berpengalaman dalam menguruskan jerebu.

Menurut aplikasi MyIPU setakat 4 petang tadi, Larkin merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 152 dan Batu Pahat (159) iaitu paras tidak sihat. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/628542/edisi/johor/jerebu-konjunktivitis-urti-dan-asma-meningkat-di-johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050473 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list