CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2019|Reply: 0

[Pahang] Jangan pamer, lekat lambang darjah kebesaran Pahang di kenderaan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuantan: Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.

Peringatan itu diberikan mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, membabitkan gelaran atau anugerah dikurniakan Sultan Pahang.

"Penerima darjah kebesaran dan pingat didapati melanggar atau melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan dengan tindakan penarikan balik darjah dan pingat yang dikurniakan.

"Manakala, mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dimohon untuk bekerjasama dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkenaan.

Pada Ogos lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman juga memberi peringatan bahawa semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan pada Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pahang-di-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.210920 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list