CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1996|Reply: 0

[Kelantan] Lokasi transit petrol seludup dibongkar

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode

AZMAN (tengah).

Tumpat: Rumah yang dipercayai dijadikan lokasi transit petrol di Kampung Pulau Ular di Pengkalan Kubor dekat sini untuk tujuan penyelewengan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, malam tadi.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, serbuan sempena Op Tiris itu dilakukan pada 8.30 malam bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

"Pemeriksaan lanjut menemui 625 liter petrol yang diisi dalam sejumlah tong plastik yang diletakkan di sekitar rumah terbabit serta dalam sebuah kereta Proton Wira.

"Barang kawalan itu dianggarkan bernilai RM1,383.75 dan dipercayai untuk dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok pada bila-bila masa sahaja," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azman berkata, modus operandi yang digunakan penyeludup adalah membuat pengisian petrol di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat dan Kota Bharu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, barang kawalan itu kemudiannya akan disimpan di lokasi transit yang juga tidak jauh dari sempadan negara sementara menunggu masa untuk dibawa menyeberangi Sungai Golok dengan bot.

"Bagaimanapun tiada suspek dikesan semasa serbuan dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-seludup-dibongkar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048236 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list