CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2864|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Musibah padi tumbang

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode

PADI yang tumbang akibat hujan dan ribut menjejaskan pendapatan pesawah. FOTO Ihsan Azman Md Sharif

Kuala Lumpur: Masalah padi tumbang di kawasan penanaman padi Tanjung Karang, Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor yang berlaku akibat fenomena hujan dan ribut sejak awal bulan ini, begitu meresahkan pesawah di kawasan berkenaan.

Bencana yang berlaku ketika musim menuai baru bermula itu pasti akan menjejaskan pendapatan mereka kerana hasil yang diraih berkurangan berbanding kebiasaan.

Senario semasa yang menyaksikan pengilang menurunkan harga belian daripada RM1,700 setan kepada sekitar RM1,200 dan RM1,250 membebankan lagi pesawah yang sudahpun perlu menanggung peningkatan pelbagai kos seperti baja, racun dan upah pekerja.

"Kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam satu atau dua bulan akan datang. Sebelum ini, kami berdepan dengan cuaca panas dari Ogos hingga September yang memberi kesan kepada sumber air, dan kini hujan serta ribut pula.

"Fenomena padi tumbang menyebabkan jentera menuai tidak dapat mengutip sepenuhnya hasil kerana ada padi yang melekat pada tanah," kata Fairuz Zzaini Mohd Toif, 36, kepada Bernama.

Pesawah muda yang mengusahakan sawah padi seluas 12 hektar sejak 11 tahun lalu, tidak menjangka berdepan situasi hujan yang turun setiap hari sekarang kerana keadaan itu hanya berlaku semasa Monsun Timur Laut (MTL), iaitu pada akhir tahun.

Hampir satu hektar tanaman padinya rebah akibat fenomena itu dan dia menjangka kerugian kutipan hasil lebih enam tan metrik bernilai kira-kira RM8,000 dan ini tidak termasuk kos penanaman.

Fairuz Zaini dan pesawah lain yang ditemui Bernama, turut menyuarakan kebimbangan mereka tentang pengaruh El Nino yang melanda dunia ketika ini dan diramal menjadi lebih kuat pada akhir tahun serta berterusan hingga Januari dan Februari tahun depan, menyebabkan keadaan lebih kering berbanding kebiasaan.




Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan kesan fenomena El Nino akan menjadi lebih ekstrem berbanding episod-episod sebelumnya dengan peningkatan suhu dan penurunan jumlah taburan hujan di seluruh negara.

Hakikatnya, cuaca panas yang melanda sebahagian besar dunia ketika ini menjejaskan hasil tuaian beberapa kawasan penanaman padi di Asia. Malah, India yang merupakan pengeksport utama beras, bertindak menghentikan eksport beras putih bukan basmati bagi mengelakkan lonjakan harga bekalan domestik.

Tindakan India itu memberi impak besar kepada pasaran beras dunia kerana negara itu mengeksport 40 peratus atau 22 juta tan beras putih bukan basmati ke 140 buah negara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina serta beberapa buah negara di benua Afrika.

Malaysia ketika ini mengeluarkan 63 peratus beras untuk keperluan tempatan dan selebihnya diimport dari India, Thailand dan Vietnam.

Namun, penghasilan beras tempatan berisiko terjejas pada awal tahun depan akibat El Nino dan fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) negatif yang akan mengurangkan lagi jumlah curahan hujan, sekali gus menyebabkan keadaan lebih kering dan ini menjejaskan negeri-negeri yang melakukan tanaman luar musim, iaitu pada Mac dan April, kata Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Di Semenanjung, musim lazim penanaman padi ialah dari September hingga Oktober, manakala musim menuai pula berlangsung dari Disember hingga Mac. Bagi tanaman luar musim, penanaman dilakukan antara Mac hingga April dan penuaian bermula Jun hingga Ogos.

Keadaan adalah berbeza di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan penanaman satu musim, dengan Sarawak mula menanam dari Oktober hingga November dan menuai bermula Mac hingga April. Sabah pula mula menanam padi dari Jun hingga Ogos dan hasil dituai Disember hingga Februari.

"Jadi, bila air empangan dilepaskan untuk musim pertama (musim lazim), kena tunggu hujan MTL untuk isi empangan semula supaya cukup air untuk tanaman kedua (tanaman luar musim) yang bermula dari Mac hingga April.

"Takungan ini perlu dipantau kerana kalau kurang hujan bulan November dan Disember disebabkan faktor El Nino dan IOD maka takungan juga berkurangan," katanya.

Menurut Azizan, isu utama yang dihadapi oleh pesawah ketika cuaca panas ekstrem yang dijangka pada awal tahun depan ialah memastikan takungan air mencukupi semasa musim menanam kerana air sangat diperlukan pada tempoh itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usibah-padi-tumbang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050025 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list