CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2827|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peminjam gembira diskaun PTPTN diteruskan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan untuk terus memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 disambut baik peminjam.

Guru, Harny Syarifuddin, 38, berkata, langkah itu akan menyuntik semangat untuk peminjam membayar balik.

"Saya percaya langkah ini akan disambut baik oleh semua peminjam PTPTN. Apatah lagi sekarang ini ramai yang sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Sekurang-kurangnya, dengan adanya diskaun diberikan ia boleh meringankan beban.

"Pada masa sama, diskaun yang diberikan dapat memberi suntikan semangat untuk peminjam melunaskan bayaran pinjaman segera. Mungkin sebelum ini ada yang liat nak bayar, tapi ini adalah peluang terbaik.

"Selain itu, langkah kerajaan ini dapat mengurangkan peratus peminjam yang tidak membayar pinjaman dalam sistem rekod PTPTN," katanya kepada Harian Metro.

Peniaga, Mohd Asyraf Mohammed Yusof, 36, berkata keputusan dibuat kerajaan itu adalah wajar dan tepat pada masanya.

"Bukan saja saya, tapi ramai lagi peminjam bersetuju dengan keputusan untuk teruskan diskaun ini. Malah, dengan tiga kadar yang diberikan itu sekurang-kurangnya peminjam ada pilihan.

"Bagi saya, keputusan ini juga adalah wajar ditambah kena dengan situasi semasa hari ini. Andai kata diskaun ini tak diteruskan, mungkin ia memberi kesan besar kepada peminjam yang baru bekerja," katanya.

Bagi Baharuddin Hassan, 41, diskaun itu sepatutnya diteruskan sekali gus membantu peminjam baharu membayar pinjaman.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif meneruskan diskaun ini. Cuma, ada baiknya juga jika langkah memberikan diskaun ini diteruskan untuk jangka masa panjang lagi.

"Memandangkan hari ini lepasan graduan masih ramai yang belum mendapat pekerjaan mungkin agak sukar untuk mereka membuat bayaran balik pada tempoh yang ditetapkan. Begitu juga pada mereka yang baharu dapat kerja.

"Pada masa sama, saya ingin mencadangkan agar kadar faedah pinjaman dimansuhkan, peminjam hanya bayar jumlah yang dipinjam," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.

"Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-ptptn-diteruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050796 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list