CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2970|Reply: 0

[Melaka] Gurauan akan ada orang meninggal dunia jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Faizal tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kejadian menimpa anaknya Faris Darwisy. FOTO Nuraliawati Sabri

Melaka: "Allah lebih sayangkan dia, niatnya murni untuk bantu kawan baik tetapi masa itu keadaan tidak memihak kepadanya," kata Mohd Faizal Hasan, 43, bapa kepada pelajar tingkatan empat yang lemas di Pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak lemas selepas cuba menyelamatkan rakan baiknya yang hampir lemas ketika mandi pantai.

Sebelum kejadian, mangsa ke pantai itu bersama 13 rakan dan dua guru bagi meraikan hari terakhir guru pelatih sekolah mereka.

Bagaimanapun, ketika mangsa sedang makan bersama yang lain, dia menyedari rakan baiknya hampir lemas sebelum bergegas turun ke pantai cuba menyelamatkan remaja terbabit.

Mohd Faizal berkata, meskipun kejadian berlaku secara tiba-tiba namun dia reda selain tidak mahu menyalahkan sesiapa.

"Ketika kejadian dia sudah mencuba sebaik mungkin, malah sempat pegang kawannya itu sebelum mengangkat tangan meminta tolong mungkin sudah tidak terdaya.

"Dia tidak mandi tetapi apabila melihat rakannya itu lemas dia lengkap berpakaian terus terjun ke laut. Dia memang pandai berenang kerana pernah masuk beberapa kelas renang sebelum ini.

"Malah jam 6.10 petang ibunya ada menghubungi dia untuk bertanya bila akan balik malah turut menghantar gambar sedang makan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anak bongsu daripada dua beradik itu ketika menghantar remaja terbabit ke pantai jam 4.30 petang.

"Dia seperti biasa, bersalam serta mencium tangan ketika saya hantar malah sempat memberitahu akan menelefon ibunya apabila ingin balik.

"Namun ketika dalam perjalanan ke Melaka Sentral kerana mahu pulang ke Kelantan, tiba-tiba saya menerima panggilan daripada anak sulung memaklumkan adik lemas sebelum berpatah balik.

"Ketika itu saya sudah tidak sedap hati malah terasa seluruh badan lemah dan sebaik tiba di pantai saya lihat polis dan askar sudah ada. Sepanjang pencarian dijalankan saya sempat laungkan azan dua kali agar jasad anak ditemui segera," katanya.

Dia berkata, tiada kelainan yang ditunjukkan oleh anaknya itu selain bersungguh-sungguh menguruskan badan untuk mencapai indeks jisim tubuh (BMI) ideal kerana bercita-cita menjadi tentera.

"Cuma rakannya ada maklumkan sehari sebelum kejadian, dia ada bergurau esok akan ada orang meninggal dunia rupanya dirinya sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unia-jadi-kenyataan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047337 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list