CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 0

[Perak] Bandar PR1MA pertama di Malaysia bakal dibina di Teluk Intan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

NGA ketika berucap pada Program Penyerahan Peruntukan kepada Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Teluk Intan: Kerajaan bakal membina Bandar PR1MA pertama di Malaysia berdekatan tapak pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan, di sini dengan majlis pecah tanah dijangka berlangsung tahun depan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan di atas tanah seluas 57.5 hektar (142 ekar) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan berjumlah RM800 juta.

"Bandar ini akan dilengkapi dengan pembinaan kira-kira 1,700 unit rumah melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) model baharu bernilai RM100 juta.

"Bandar PR1MA ini pastinya bakal menjadi pelengkap kepada persiapan pengoperasian UPSI Kampus Teluk Intan nanti," katanya ketika Majlis Penyerahan Peruntukan kepada Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan kemajuan pembinaan institut pengajian tinggi itu yang terbengkalai sejak 2017.

Pada 5 Mei lalu, Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan mengumumkan projek pembinaan kampus UPSI di Teluk Intan akan diteruskan di atas tapak seluas 32 hektar di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini dengan suntikan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bina-di-teluk-intan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.044412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list