CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5510|Reply: 0

[Selangor] Shila Amzah masih hidup, adik-beradik bukan waris faraid – Pakar Pengurusan Harta

[Copy link]
Post time 14-10-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Shila Amzah (kiri) dan tangkap layar hantaran yang dimuat naik oleh Muhamad Dzul Ikram.

PETALING JAYA – Pakar kewangan dan pengurusan harta, Muhamad Dzul Ikram memaklumkan sesebuah rumah akan menjadi harta pusaka sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, dia yang dikenali sebagai Dzul Ikram ketika menjelaskan situasi dialami keluarga penyanyi terkenal, Shila Amzah berkata, adik kepada Shila iaitu Amir Syafiq langsung tiada hak ke atas rumah terbabit.

Malah katanya, kediaman yang kini didiami Fauziah Sarman, Amir, Syada dan Amir Syahir di Hulu Langat masih kepunyaan Shila kerana segala pembayaran ditanggung oleh penyanyi tersebut

“Rumah atas nama kakak, dibayar oleh kakak dengan hasil pendapatan dia, maintenance (selenggara) rumah pun dibayar kakak.

“Tapi adik-beradik ‘claim’ rumah itu rumah pusaka? Kalau kakak meninggal, barulah rumah itu jadi pusaka,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Dzul Ikram, adik-beradik tidak tersenarai sebagai ahli waris yang berhak menerima pusaka.

“Adik-beradik tak ada hak langsung atas rumah itu sebagai waris faraid. Yang ada hak adalah ibu bapa, suami dan anak lelaki dia.

“Itu pun bahagian untuk ibu bapa hanya 1/6, suami 1/4 dan baki dari harta itu dapat pada anak dia sebagai waris asobah,” ujarnya.

Pada masa sama, Dzul Ikram memberitahu bahawa Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berhak untuk menjual kerana rumah tersebut atas namanya.

“Kakak hidup lagi, apa yang rumah pusakanya? Jadi, dia nak jual ke tak, dia ada hak sebab rumah itu atas nama si kakak.

“Masih ramai lagi yang jahil dalam bab pengurusan harta dan faraid. Harta pusaka pun tak tahu apa maksudnya,” ujarnya.

Terdahulu, konflik keluarga Shila bermula selepas adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang diduduki bersama ibu mereka.

Rentetan itu, Shila membuat hantaran balas dalam sesi siaran langsung di Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.

Pelantun lagu Tiada Dirimu itu turut memperincikan keputuan menjual rumah miliknya serta sikap Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka tampil bersuara sekali gus menghangatkan lagi suasana. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... r-pengurusan-harta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list