CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6259|Reply: 0

[Selangor] 2 tahun saya belajar bahasa Arab di Mesir – Duta Jepun

[Copy link]
Post time 14-10-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar perkongsian perbualan antara Duta Jepun dan MB Kelantan.

PETALING JAYA – Kemahiran seorang lelaki yang juga duta Jepun dalam berbahasa Arab ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok @akhimal81, Takahashi Katsuhiko dilihat sedang mengadakan pertemuan bersama Datuk Mohd. Nassuruddin di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Katsuhiko memberitahu, sebelum berangkat ke Kelantan, dia sangat berminat untuk berbicara bahasa Arab bersama YB, yang sebelum ini pernah belajar di Mesir.

“Saya menghabiskan masa dua tahun di Mesir untuk memperoleh penguasaan bahasa Arab yang merupakan satu kemahiran yang amat istimewa bagi saya.

“Saya merasa kagum terhadap kepimpinan Kelantan dan saya turut berbangga dapat menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan,” jelas Katsuhiko.

Pertemuan itu mendapat banyak reaksi positif di media sosial, dengan pengguna berasa kagum dengan kemahiran bahasa Arab yang dipamerkan duta Jepun tersebut.

“Dari zaman Tok Guru lagi dia selalu datang jumpa MB. Jika MB ada, baru dia melawat kilang Rohn-Waki yang paling lama di Kelantan,” ulas @pandateam414.

“Rasa malu pula sebab kita tidak pandai berbahasa arab,” Komen Ciksu Lina.

“Dua orang dari negara yang berbeza, tapi memahami satu bahasa yang sama,” Tambah Vanessa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... i-mesir-duta-jepun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list