View: 8142|Reply: 0
|
[Kelantan]
Belanjawan 2024 bantu ringankan beban 100,000 nelayan
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
KOTA BHARU: Hampir 100,000 ahli Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan mendapat manfaat daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.
Pengerusi NEKMAT, Abdul Hamid Bahari, berkata peruntukan diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu dapat meringankan beban ditanggung nelayan di seluruh negara.
Beliau berkata, antara lain kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi kepada nelayan terutama pembelian petrol yang meringankan beban nelayan untuk terus mencari rezeki di laut.
Katanya, pihaknya berharap pemberian ini akan memotivasikan nelayan untuk terus meningkatkan hasil tangkapan ikan, sekali gus membantu negara.
"Kebanyakan nelayan amat bersyukur dan berterima kasih atas pemberian ini yang memberi semangat kepada kami untuk meningkatkan hasil tangkapan.
"Ini bukti kerajaan tidak pernah melupakan golongan nelayan, malah memberikan peruntukkan RM10 juta untuk membaik pulih rumah nelayan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Media semalam melaporkan, Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan.
Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu RM1.65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.
Nelayan juga diberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan, selain menyediakan RM10 juta untuk membina baharu serta membaik pulih rumah nelayan uzur.
Abdul Hamid berkata, dalam belanjawan itu, kerajaan turut menyediakan pinjaman mudah kepada nelayan dan diharap ia dapat mengembangkan lagi bidang perniagaan yang diceburi mereka.
"Kita juga menyambut baik skim insurans yang diperkenalkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melindungi nelayan, pesawah dan petani yang terbabit dengan bencana alam," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... eban-100000-nelayan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|