|
KAPAL bekalan yang ditahan. FOTO Ihsan APMM
Chukai: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kerana tiada kebenaran bersauh di kedudukan 2.5 batu nautika dari Kuala Kemaman, di sini, pada 4.45 petang kelmarin.
Pengarah APMM Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, terdapat 20 kru tempatan selain nakhoda warga Mexico di atas kapal yang berdaftar di Panama itu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati nahkoda kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.
"Bagaimanapun, kesemua kru dan nakhoda kapal berusia 20 hingga 52 tahun terbabit mempunyai pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rashidilhadi berkata, nakhoda dan ketua jurutera kapal dibawa ke pejabat APMM Zon Maritim Kemaman untuk diambil keterangan.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kebenaran-bersauh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|