CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3307|Reply: 0

[Pahang] Usaha tanah terbiar tanam kekacang untuk makanan ternakan

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

RAMLAN (kiri) bersama penduduk Kampung Gintong dalam program Jom Masuk Kampung di Kampung Gintong. FOTO Roselan Ab Malek

Jerantut: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang membuat kajian untuk memperkenalkan tanaman kekacang di tanah terbiar bagi dijadikan sumber alternatif makanan ternakan di negara ini.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, usaha ini adalah sebagai alternatif kepada sumber jagung yang terpaksa diimport.

"Setiap tahun kita terpaksa mengimport kira-kira 6 bilion makanan ternakan dan semakin membebankan penternak kerana harga jagung semakin meningkat .

"Justeru, kita sedang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian dan Mardi untuk membuat kajian mengenai kesesuaian tanaman kekacang itu di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Masuk Kampung di Kampung Gintong, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak KKDW akan membuat plot percubaan di Kampung Gintong untuk tanaman terbabit bagi melihat kesesuaian dan keberkesanan tumbuhan itu.

Katanya, ia akan dikembangkan ke seluruh negara khususnya di kampung tradisional jika berjaya dengan menjadikan tanah terbiar sebagai pusat penanaman utama.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-makanan-ternakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 1.050946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list