CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3176|Reply: 0

Final Pestabola Merdeka kekal di Stadium Nasional

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

Presiden FAM, Datuk Hamidin Moh Amin (berbaju kuning) bersama pihak terbabit melihat keadaan terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi final Selasa ini. - Foto Facebook FAM

KUALA LUMPUR: Final Pestabola Merdeka 2023 akan tetap berlangsung di 'kandang' Harimau Malaya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan venue perlawanan antara Malaysia menentang Tajikistan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan ini dibuat menerusi mesyuarat yang diadakan sejurus pemeriksaan keadaan terkini padang di stadium terbabit.

"Keputusan terbabit turut mengambil kira beberapa faktor dan pertimbangan lain termasuk dari aspek logistik membabitkan sekretariat, petugas serta pasukan yang terlibat selain tiada venue lain di Lembah Klang yang mampu menampung jangkaan jumlah kehadiran penyokong Harimau Malaya.

"Biarpun keadaan padang baharu Stadium Nasional tidak begitu memuaskan sewaktu perlawanan pertama, FAM yakin dan percaya bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) serta pihak konsultan teknikal dan kontraktornya mampu untuk membaikpulih keadaan rumput tersebut menjelang Selasa ini," katanya.



Sebagai rekod, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah PSM yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John; Pengerusi LOC Pestabola Merdeka 2023 yang juga Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon melakukan pemeriksaan bagi melihat sendiri keadaan terkini padang Stadium Nasional.

Selepas pemeriksaan itu, mesyuarat yang disertai pihak-pihak terbabit bersetuju untuk final Pestabola Merdeka 2023 tetap dimainkan di Stadium Nasional berdasarkan perkembangan positif yang dapat dilihat pada kerja-kerja baik pulih padang itu.


FAM mengesahkan venue perlawanan antara Malaysia menentang Tajikistan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini. - Foto Facebook FAM

"Malah Pan Gon sendiri dari segi teknikal melihat bahawa padang itu boleh dimainkan dan berasakan adalah lebih baik aksi final kekal di Stadium Nasional supaya tidak mengganggu fokus dan persiapan pasukannya.

"FAM cukup berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta PSM yang mana pihak mereka sudah berusaha keras dan sedaya upaya dalam menjayakan projek penukaran rumput baharu di Stadium Nasional ini dan memastikan ia dapat digunakan pada Pestabola Merdeka 2023 ini.

"Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kesudian baginda menaja pemasangan rumput baharu jenis Zeon Zoysia ini," kata Noor Azman.

Terdahulu, kualiti padang di Stadium Nasional yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, Jumaat lalu.

Aksi membabitkan pertembungan Malaysia dan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional selepas ia ditutup bagi kerja naik taraf.
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-stadium-nasional
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.213172 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list