View: 666|Reply: 0
|
Bagnaia juara GP Indonesia
[Copy link]
|
|
BAGNAIA juara grand prix Indonesia. -FOTO AFP
Indonesia: Francesco Bagnaia dari Itali mempamerkan tunggangan menakjubkan untuk membawanya kembali ke puncak kejuaraan apabila menguasai MotoGP selepas saingan Jorge Martin tersingkir.
Maverick Vinales (Aprilia) menduduki tempat kedua di belakang bintang Ducati berusia 26 tahun itu dengan Fabio Quartararo (Yamaha) di tempat ketiga dalam saingan di litar Mandalika di pulau peranginan Indonesia, Lombok itu.
Bagnaia mempamerkan persembahan memukau melonjak kedudukan dari tempat ke-13 ke kedudukan teratas seterusnya menaiki podium selaku juara selepas empat pusingan pertama, enggan membiarkan Martin dari Pramac menghukumnya kerana prestasi buruk ketika sesi latihan dan kelayakan.
Ia dijangka menjadi persaingan yang sengit buat Martin selepas memenangi perlumbaan pecut semalam apabila menguasai peringkat awal perlumbaan.
Namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu apabila dia terbabas pada pusingan ke-14 ketika dia berpotensi besar menjuarai perlumbaan berkenaan.
"Saya rasa kami layak berlumba dalam perlumbaan seperti ini," kata Bagnaia kepada pemberita.
"(Saya) melakukan semaksimum yang saya boleh apabila saya melihat Martin terkeluar saya berkata kepada diri saya sendiri 'jaga tayar' dan itu adalah perkara yang betul. Saya sangat, sangat gembira."
Dia kemudian memberitahu sidang akhbar bahawa dia kecewa sebelum perlumbaan kerana "bergelut" dengan tayar baharu dan bekerja sehingga malam bersama pasukannya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -juara-gp-indonesia |
|
|
|
|
|
|
| |
|