CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 0

[Johor] Jelajah BMS 2023 peringkat Zon Selatan meriah

[Copy link]
Post time 17-10-2023 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Dasuki (tengah) bersama Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad (dua dari kanan); KetuaPenolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Haliza Saibun, (kanan); Pengurus Besar KananPTPTN, Rusdi Ismail (dua dari kiri) dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Johor, Mazni Ruslan (kiri)merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Selatan di Johor Bahru


JOHOR BAHRU: Jelajah Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Selatan yang dilancarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebagai usaha menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat hari ini mendapat sambutan orang ramai.


Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata BMS adalah program khusus PTPTN sejak 2018 yang bertujuan menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Katanya, program berkenaan diadakan selama sebulan secara besar-besaran sempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang
diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.

Antara pengunjung hadir pada Jelajah BMS 2023 Peringkat Zon Selatan
"BMS tahun ini lebih meriah kerana pelancaran peringkat zon turut diadakan di seluruh negara merangkumi Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara.

"Johor menjadi lokasi kedua jelajah peringkat zon selepas majlis pelancaran BMS peringkat nasional yang diadakan pada 1
Oktober lalu dengan jelajah pertama bermula di Zon Timur pada 7 Oktober lalu.

"Jelajah BMS 2023 Peringkat Zon Selatan juga membabitkan Melaka dan Negeri Sembilan yang turut mengadakan BMS secara serentak Sabtu lalu," katanya ketika melancarkan BMS 2023 Zon Selatan.

Terdahulu, pelbagai aktiviti diadakan sempena Jelajah BMS 2023 Zon Selatan yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall
termasuk Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan Robotik Simpan SSPN
(Inovasi) dan Family Jenga.

Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, Jelajah BMS 2023 diadakan bertujuan memperkasakan penabungan Simpan SSPN demi
kecemerlangan dan kejayaan anak bangsa.

"Pada tahun ini, PTPTN menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN bagi BMS 2023 adalah sebanyak RM220 juta.

"Saya optimis, sasaran ini dapat dicapai berdasarkan rekod pencapaian BMS lima tahun penganjurannya sebelum ini," katanya.

Ahmad Dasuki berkata, menginjak 26 tahun usia PTPTN, agensi berkenaan terus komited melaksanakan fungsinya, iaitu menyediakan kemudahan pinjaman, menguruskan bayaran balik serta membudayakan amalan penabungan.

Katanya, matlamat utama PTPTN adalah untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir melanjutkan pengajian ke menara gading disebabkan masalah kewangan.

"Sehingga 31 Ogos lalu, PTPTN membantu seramai 3.84 juta pelajar membabitkan dana pinjaman yang dikeluarkan berjumlah RM70.02 bilion.

"PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) pada 2004, yang menjadi tabung pendidikan
terbaik kepada ibu bapa bagi perancangan kewangan.

"Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga
RM8,000 setahun; perlindungan takaful ke atas pendeposit; Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak; dividen yang kompetitif selain simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah," katanya.

Ahmad Dasuki berkata, dalam tempoh 19 tahun Simpan SSPN diperkenalkan, pencapaian deposit Simpan SSPN sentiasa menunjukkan peningkatan ketara pada setiap tahun.

"Sehingga 31 Ogos lalu, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM15.81 bilion dengan bilangan akaun sebanyak
6.04 juta akaun.

"Manakala di Johor, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM1.39 bilion dengan bilangan akaun sebanyak
670,041," katanya.

Beliau berkata, tahun ini, BMS 2023 memilih tema 'Robotik: Ke arah Transformasi Dunia Pendig i t a l a n' dan mengekalkan tagline 'Jom Jadi Superhero Anak Anda'.

"Konsep ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan
tentang teknologi terkini.

"Ia selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN
untuk urusan lebih mudah, cepat dan selamat," katanya.

Sementara itu, ibu bapa yang menghadiri Jelajah BMS 2023 Zon Selatan memuji inisiatif PTPTN mengadakan jelajah itu
bagi memberi kesedaran kepada golongan ibu bapa membuat tabungan pendidikan anak menerusi Simpan SSPN.

Bagi jururawat, Aishah Hairam, 35, beliau dan suami mula membuka akaun Simpan SSPN buat tiga anaknya yang berusia 7,
6 dan 5 tahun sejak tahun lalu.

"Saya membuka akaun Simpan SSPN ketika Jelajah BMS diadakan tahun lalu selepas mendapat maklumat PTPTN mengenai Simpan SSPN.

"Ia adalah sebagai jaminan masa depan anak supaya ketika mereka menyambung pengajian pada peringkat tinggi kami tidak berhadapan isu kewangan," katanya.

Penjawat awam, Nor Azliah Otman, 39, pula berkata , beliau sudah membuka akaun Simpan SSPN sejak anak sulung yang berusia 12 tahun masih bayi lagi.

"Saya membuka akaun Simpan SSPN ini selepas tertarik dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat tabungan pendidikan bagi
kemudahan masa depan anak.

"Saya menyeru supaya ibu bapa lain turut merebut peluang mendapatkan manfaat akaun Simpan SSPN ini kerana pelbagai insentif menarik disediakan, selain menyimpan demi masa depan anak-anak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.146859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list