CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3018|Reply: 0

Pestabola Merdeka: Tajikistan cuba helah psikologi tewaskan Malaysia

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

SEGRT bersama pemainnya, Zoir Dzhuraboyev bercakap pada sidang akhbar pra-perlawanan final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan di Subang semalam.

PENGENDALI Tajikistan, Petar Segrt mula bermain psikologi apabila secara terbuka melabelkan Malaysia sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Pesta­bola Merdeka pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Walaupun meraih kemenangan ke atas Harimau Malaya pada Piala Raja Thai tahun lalu, Segrt sedar akan berdepan situasi sukar kali ini, namun berharap pengadil bertugas dapat me­laksanakan tugas dengan lebih baik.

“Saya harap pengadil kali ini akan melihat situasi padang kerana mungkin pemain berlari dan akan terjatuh. Harap pengadil dapat melakukan tugas dengan lebih baik dan tidak mudah untuk memberikan penalti.

“Apa pun, kita terima apa saja ketentuan pengadil kerana bagi Tajikistan, inilah masa untuk berjuang dan merebut piala. Mungkin kami tidak kuat tetapi kami mahu gunakan peluang ini untuk menang,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan final di Subang semalam.

Ditanya mengenai kualiti pemain yang dibawa kali ini, jurulatih dari Croatia itu mengakui pasukannya sedikit tempang kerana tidak dapat menyenaraikan skuad terbaik seperti pada saingan Piala Raja Thai.

Segrt sekadar mempertaruhkan ramai pemain muda dan purata umur skuad kali ini adalah 21.1 tahun.

“Kami menang pada Piala Raja Thai, namun sekarang kami hilang ramai pemain utama dan boleh dikatakan sekarang adalah bukan skuad sama seperti ketika kami menewaskan Malaysia sebelum ini.

“Peluang kami agak tipis dan Malaysia masih pasukan pilihan. Jika mereka tidak memenangi perlawanan menentang kami, bila lagi?” kata Segrt.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -tewaskan-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.205547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list