CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3127|Reply: 0

Harimau Malaya kemaruk baham tengkuk Tajikistan

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

COOLS enggan isu padang menjadi gangguan kepada barisan pemain yang sedang fokus sepenuhnya kepada aksi final Pestabola Merdeka malam ini.

KELEBIHAN beraksi di laman sendiri menjadikan Harimau Malaya tiada sebarang alasan untuk tidak menghadirkan trofi sulung buat Kim Pan-gon sejak mula dilantik Januari tahun lalu.

Ketika Pestabola Merdeka kali ini dipalit isu padang, tonggak pertahanan negara, Dion Cools enggan menjadikan faktor itu sebagai halangan untuk tidak beraksi baik.

“Kami cuba dapatkan gambaran di mana lagi yang kami perlu perbetulkan sama ada dari aspek sistem permainan atau taktikal. Tetapi perkara yang bagus adalah tiada pemain cedera dan paling pen­ting semuanya cergas untuk beraksi.

“Peluang yang baik untuk memenangi perlawanan ini dan kami perlu bersedia untuk berdepan apa juga senario,” katanya.

Seiring dengan status penganjuran Pestabola Merdeka yang dilabel sebagai salah satu pertandingan berprestij di Asia, kejua­raan ini pasti­nya akan melengkapkan resume Pan-gon selepas jurulatih itu mengha­dirkan cerita penuh warna-warni kepada bola sepak Malaysia termasuk layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

“Cara bermain bersama skuad kebangsaan adalah berbeza dengan liga, jadi kami kena sesuaikan diri dengan sesuatu yang baharu.

“Kami cuba jadi pasukan yang lebih baik kerana cabarannya pasti akan lebih mencabar. Kami masih lagi dalam proses untuk jadi lebih baik dan maju ke depan,” kata Cools.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tengkuk-tajikistan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list