CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 0

[Kelantan] 1,000 pemandu lori hadir penyerahan memorandum kepada JPJ

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian kira-kira 1,000 pemandu lori turun membuat bantahan secara aman bagi merayu tuntutan mereka dipertimbangkan di hadapan Pintu masuk Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Panji. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Hampir 1,000 pemandu lori berhimpun bagi menyerahkan memorandum terhadap operasi penguatkuasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, di sini, hari ini.

Memorandum berkenaan diserahkan wakil Persatuan Pengusaha dan Pemandu Lori Kelantan, Azam Daud kepada wakil Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah.

Azam mendakwa operasi penguatkuasaan agensi berkenaan sejak kebelakangan ini dilihat semakin menindas pemandu dan pengusaha lori yang hanya mencari rezeki untuk keluarga mereka.

"Kami adalah pengusaha yang terbabit dalam sektor pengangkutan di Kelantan dengan secara tidak langsung turut berperanan dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negeri.

"Sejak awal bulan ini, operasi penguatkuasaan yang dibuat semakin ketat sekali gus menjejaskan punca pendapatan kami.

"Kami menyerahkan tujuh tuntutan untuk dilihat oleh pengurusan atasan JPJ," katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, pihaknya memohon agar satu dialog terbuka antara wakil kerajaan dengan wakilnya dapat dibuat bagi mencari penyelesaian.

Katanya, memorandum yang diserahkan itu diharapkan dapat diambil perhatian oleh pengurusan atasan JPJ sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... morandum-kepada-jpj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 1.209238 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list