View: 1774|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Kes kematian Qaseh Aulia: Polis panggil 6 individu
[Copy link]
|
|
Qaseh Aulia dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara. FOTO Ihsan Pembaca
Petaling Jaya: Enam individu dipanggil membantu siasatan kematian bayi berusia dua bulan, Qaseh Aulia Faizul yang meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, antara dipanggil ialah keluarga mangsa dan kakitangan taska.
"Setakat ini kita panggil enam individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Polis masih menunggu keputusan bedah siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, Qaseh Aulia Faizul meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, selepas dikatakan mengalami sesak nafas.
Susulan itu, polis menahan pengasuh wanita berusia 40-an untuk dirakam keterangan dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -panggil-6-individu |
|
|
|
|
|
|
|
chumel anak ini
semoga ditempatkan di syurga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|