CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 0

'Mini safari' Kuala Berang

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:14 AM | Show all posts |Read mode

BURUNG unta juga menarik perhatian pengunjung.

BERINTERAKSI, bermain dan memberi makan sendiri kepada semua haiwan yang terdapat di Zoo Rimba Razia menjadikan destinasi itu berbeza dengan mana-mana zoo yang terdapat di negara ini.


Konsep 'petting zoo' yang diperkenalkan pemiliknya, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak menyebabkan zoo berkenaan tidak pernah sunyi dengan kehadiran orang ramai terutama kanak-kanak.

Kebanyakan pengunjung ingin merasai sendiri suasana dan pengalaman bermain dan memberi makan kepada haiwan di situ.

Biarpun jauh di kawasan pedalaman, zoo berkenaan yang terletak di Kampung Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira 51 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu itu menjadi tarikan baharu pencinta haiwan.

Ia bagi melihat secara dekat pelbagai haiwan dan hidupan laut yang sukar ditemui di negara ini. Antara haiwan yang terdapat di zoo berkenaan antaranya unta, alpaca, kanggaru, kuda, keldai, capybara serta pelbagai jenis musang dari Eropah, Jepun, Thailand dan sebagainya.

Zakaria berkata, semua haiwan di zoo berkenaan istimewa terutama unta dan alpaca kerana haiwan berkenaan jenis haiwan jinak dan mesra pengunjung.

"Konsep 'petting zoo' ini sangat disukai pengunjung kerana selain dapat melihat haiwan secara dekat, pengunjung juga dapat berinteraksi dan memberi makan sendiri kepada haiwan berkenaan.

"Di sini terdapat lebih 80 spesies haiwan yang menjadi daya tarikan pengunjung dan semuanya ditempatkan di kandang khas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, zoo berkenaan menawarkan percutian berkonsepkan riadah dan santai kepada orang ramai yang ingin melihat pelbagai jenis haiwan unik serta menarik dari Eropah.

Katanya, penduduk pantai timur tidak lagi perlu ke Melaka atau Kuala Lumpur untuk melihat haiwan dan boleh datang ke zoo itu untuk melihat haiwan berkenaan.

Malah ada haiwan di zoo berkenaan tidak terdapat di tempat lain seperti ikan Arapaima atau ikan naga.

"Sebahagian besar haiwan di sini adalah dari negara Eropah, Jepun dan Thailand seperti unta, alpaca, kanggaru, kuda, keldai, capybara serta pelbagai jenis musang.

"Selain itu, haiwan lain yang turut menjadi tarikan adalah pelbagai spesies burung termasuk kakak tua dan burung unta serta reptilia seperti ular, iguana dan sebagainya," katanya.

Berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk membina zoo berkenaan Zakaria berkata, ia bermula dari hobi beliau yang suka membela haiwan.

Menurutnya, apabila jumlah haiwan yang dibela makin bertambah, beliau terfikir untuk membuka sebuah zoo bagi membolehkan orang ramai datang dan memberi makan sendiri kepada haiwan di situ.

"Saya sudah menjaga haiwan ini selama enam tahun, jadi ia bukanlah masalah untuk saya memberi perhatian
dari segi keperluan selain sudah tahu masalah kesihatan setiap haiwan berkenaan.

"Setakat ini kita mempunyai 20 pekerja termasuk doktor haiwan yang turut memantau tahap kesihatan setiap haiwan di zoo ini," katanya.

Beliau berkata, zoo berkenaan dibina di atas tanah miliknya berkeluasan lebih satu hektar dan memulakan operasi sejak pertengahan Julai lalu.

"Saya boleh katakan semua haiwan di sini istimewa pada pengunjung terutama unta dan alpaca kerana ia jenis haiwan jinak serta mesra pengunjung. "Itu yang menyebabkan pelancong suka bagi makan," katanya.

Zakaria menambah sejak dibuka zoo berkenaan menerima antara 3,000 hingga 4,000 pengunjung setiap hari terutama pada hujung minggu.

"Baru lebih sebulan beroperasi. Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan pengunjung bukan sahaja dari negeri Ini malah ada yang datang dari luar Terengganu, majoritinya daripada pantai timur seperti Pahang dan Kelantan dan yang paling jauh setakat ini dari Perak," katanya.

Menurut Zakaria, beliau merancang untuk menjadikan zoo berkenaan lebih kondusif kepada pengunjung bagi memastikan mereka berasa lebih selesa dan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan ditawarkan.

Katanya, pembukaan zoo berkenaan juga dapat membantu menghidupkan kembali bandar Kuala Berang sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.158234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list