CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 0

Tiada operasi ‘pukat’ pada GP Malaysia

[Copy link]
Post time 18-10-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Tiada operasi ‘pukat’ pada GP Malaysia


MRAN (empat dari kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif dan pegawai lain selepas taklimat trafik GP Malaysia di IPD KLIA, Sepang semalam.



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menuntut pengguna jalan raya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan biarpun tiada operasi khas dilakukan menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan depan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, ia bukan masa terbaik untuk menjalankan sekatan jalan atau operasi khas sewaktu berlangsungnya saingan MotoGP di Sepang yang membuka tirai dari 10 hingga 12 November depan.

Bagaimanapun, Imran me­negaskan, pihak polis akan bertindak tegas sekiranya mereka mengesan terdapat pelanggaran undang-undang menerusi tindakan sewajarnya.

“Kami tidak akan buat sekatan jalan raya pada hari kejadian di KLIA kerana bagi saya ia bukan masa sesuai. Bagi kami, peraturan jalan raya bukan termaktub pada masa berlangsungnya perlumbaan MotoGP, tetapi ia berkuat kuasa 24 jam.

“Jika kami mengesan ada salah laku seperti tindakan memandu secara melulu dan berbahaya di jalan raya termasuk mengganggu ketenteraman awam, maka mereka akan dikenakan tindakan.

“PDRM bertugas dan berfungsi untuk memastikan ke­selamatan. Kami meminta semua pengunjung mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya agar kita dapat memastikan kelancaran penganjuran MotoGP musim ini,” katanya pada sidang akhbar bersempena taklimat trafik GP Malaysia di IPD KLIA semalam.

Imran turut menjelaskan, le­bih 600 anggota ditugaskan bagi memantau keselamatan pengunjung dan juga mengawal lalu lintas sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

Pada masa sama, beliau menasihati pengunjung yang memandu sendiri ke Sepang supaya meletakkan kenderaan di tempat disediakan dengan tiada sebarang bayaran dikenakan pihak SIC sepanjang tiga hari saingan.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengunjung yang meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... t-pada-gp-malaysia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033418 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list