CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 0

Dalam diam Salah hulur bantuan untuk Palestin

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

SALAH enggan jumlah sumbangannya diketahui umum.

Kaherah: Penyerang sensasi Liverpool Mohamed Salah dilapor menghulurkan sumbangan kepada penduduk Palestin yang sedang berdepan serangan menggila tentera Israel, menurut jurucakap Pertubuhan Palang Mesir semalam.

Pengarah Eksekutif Rami al-Nazer memberitahu akhbar Youm7 sumbangan bintang Mesir itu akan disampaikan kepada masyarakat di Gaza yang terjejas teruk akibat pengeboman bertalu-talu oleh pengganas Israel.

Menurutnya, jumlah sumbangan itu tidak didedahkan seperti yang diminta oleh pemain itu.

Sejak meletus pertempuran membabitkan pejuang Palestin di Gaza dan Israel, aktivis media sosial mengkritik Salah yang terus membisu daripada menyatakan sokongannya, tidak seperti beberapa pemain ternama lain termasuk pemain Perancis Karim Benzema dan pemain Algeria Riyad Mahrez.

Sehingga kini jumlah penduduk Palestin yang terbunuh akibat serangan udara Israel sejak 7 Oktober lalu meningkat 2750 orang termasuk 750 kanak-kanak manakala kematian di pihak Israel berjumlah 1,300 orang.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tuan-untuk-palestin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039818 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list