CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 0

Pan-gon dedah takut, tak boleh tidur

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

REAKSI Pan-gon ketika aksi final antara Harimau Malaya bertemu Tajikistan, malam tadi. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Peningkatan prestasi Harimau Malaya sejak di bawah kendalian Kim Pan-gon sehingga berjaya menduduki ranking terbaik dalam Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) ternyata memberi satu igauan kepada dirinya.

Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya terutama kerana ramai mengharapkan pasukannya terus meraih kejayaan.

Menurutnya, sebelum mengambil alih pasukan, Malaysia berada di kedudukan ke-154 dunia dan selepas beliau hadir, Harimau Malaya terus memecut di kedudukan ke-134 dunia iaitu peningkatan yang sangat pantas.

"Pasukan (Harimau Malaya) menunjukkan peningkatan sangat hebat, kita sampai ranking ke-134, sangat pantas.

"Sudah tentu, harapan sangat tinggi dan saya akui sedikit takut hingga tidak boleh tidur sebelum aksi final kerana semua ingat kita akan menang," katanya sewaktu sidang media selepas final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tambahnya, pemain hanya mengikut arahan dan taktikal yang ditetapkan olehnya dan mereka tidak sepatutnya dikritik.

"Anda boleh kritik saya kerana saya menerima gaji tetapi pemain tidak. Mereka hadir berjuang untuk negara. Kita bermain untuk menang dan tidak mahu kalah.

"Pemain ikut arahan saya sebab kita berbincang macam mana untuk menang dan menyerang. Mereka cuba mendominasi perlawanan untuk menang.

"Kami tidak boleh mengalah, kami akan berjuang. Untuk penyokong dan peminat, hadirlah bagi sokongan kepada pasukan.

"Bulan hadapan kita akan bertemu sebuah pasukan yang rankingnya berada di 96 dunia," katanya.

Terdahulu, hasrat Pan-gon untuk mendapatkan piala pertama bersama Harimau Malaya tertangguh apabila mereka tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.

Dalam perlawanan berkenaan, Malaysia lebih mendominasi permainan dan deretan peluang terhidang namun nasib tidak memihak kepada pasukan negara.

Dua jaringan dari Soirov Rustam dan Samiev Shahrom pada minit 44 dan 88 sudah cukup untuk mengecewakan lebih 36,000 penyokong Harimau Malaya di SNBJ.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kut-tak-boleh-tidur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.070178 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list