CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

[Selangor] Kes cederakan OKT: Polis buka kertas inkuiri kenal pasti kesalahan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

HUSSEIN, gambar fail. FOTO NSTP

Gombak: Kertas inkuiri polis dibuka bagi mengenal pasti kesalahan dilakukan anggota polis yang mencederakan orang kena tahan (OKT) ketika dalam tahanan seperti yang ditularkan, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan berkenaan diambil bagi mengesan kesalahan yang berlaku dan baki mereka yang terbabit.

"Bagi kes video tular itu, polis membuka kertas inkuiri polis dan kenal pasti individu yang terbabit untuk diambil tindakan.

"Kertas inkuiri ini penting sekiranya ada kesalahan yang berlaku dan mengesan individu yang terbabit dalam kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan OKT dipukul beberapa anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang dikesan tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

Menerusi video yang tular, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nal-pasti-kesalahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list