View: 1520|Reply: 1
|
[Pahang]
MHO curiga kematian Muhammad Izzat di Myanmar
[Copy link]
|
|
Muhammad Izzat Abdul Wahab yang meninggal dunia ketika dalam tahanan imigresen Myanmar. FOTO Ihsan TikTok
Kuantan: Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) mencurigai kematian mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, Muhammad Izzat Abdul Wahab ketika berada dalam tahanan imigresen di negara itu.
Pegawai Perhubungan Awam MHO Daniel Khoo berkata, ia kerana selepas berada di dalam tahanan imigresen, Allahyarham Muhammad Izzat memaklumkan berada dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menyangka apabila dimaklumkan mangsa meninggal dunia.
"Ketika dalam tahanan dan berdasarkan perbualan termasuk keluarga, mangsa memaklumkan berada dalam keadaan selamat dan 'OK'.
"Kami curiga kerana arwah sihat dan baru berusia 28 tahun tetapi meninggal dunia secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui media di rumah keluarga Muhammad Izzat di Kampung Peramu di sini, hari ini.
Daniel hadir melawat ahli keluarga Allahyarham Muhammad Izzat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Chan Chun Kuang.
Pada 14 Oktober lalu, Muhammad Izzat, 28, dilaporkan meninggal dunia ketika berada dalam tahanan imigresen Myanmar selepas berjaya diselamatkan daripada dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di negara berkenaan.
Mangsa dipercayai menjadi mangsa sindiket diperdaya untuk ke Bangkok, Thailand pada 7 Oktober lalu sebelum dibawa ke Myanmar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ad-izzat-di-myanmar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia dapat tiket one way, still dia pergi...
hrap orag rmai lebih terbuka mata, x ada easy money.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|