CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 0

[Melaka] Jururawat lesap RM125,000 terpedaya 'love scam'

[Copy link]
Post time 18-10-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Alor Gajah: Seorang jururawat wanita kerugian RM125,000 akibat terpedaya dengan penipuan love scam seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 30-an yang juga seorang ibu tunggal itu berkenalan dengan suspek bernama Nor Azman Umar pada 29 September lalu dan berhubung melalui telefon.

"Pengadu yang juga bekerja di hospital kerajaan itu dimaklumkan suspek bahawa dia akan menerima hadiah kejutan sebagai tanda persahabatan.

"Wanita itu kemudiannya menerima panggilan daripada pihak kurier pada 8 Oktober menyatakan terdapat bungkusan kotak yang dikirim oleh kenalan bernama Azman kepada pengadu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata, pengadu kemudiannya diarah untuk membuat pelbagai pembayaran pelepasan barangan seperti bayaran guaman, duti stem, cagaran dan kastam.

Katanya, dalam tempoh 8 Oktober sehingga 15 Oktober, pengadu membuat pinjaman peribadi daripada bank selain membuat 12 transaksi pembayaran berperingkat berjumlah RM125,000 ke dalam empat akaun bank berbeza.

"Setelah membuat pembayaran tersebut, pengadu masih tidak terima bungkusan yang dijanjikan malah diminta untuk membuat bayaran tambahan menyebabkan mangsa menyedari dirinya telah ditipu.

"Wanita itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada daripada menjadi magsa penipuan love scam dan meminta agar mana-mana pihak segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terpedaya-love-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.379905 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list