CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM3.1 juta

[Copy link]
Post time 18-10-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode

HUSSEIN, gambar fail. FOTO NSTP

Gombak: Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Batu Caves, Ahad lalu dan merampas dadah bernilai RM3.1 juta.

Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hasil maklumat orang awam

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya merampas dadah methampetamine seberat 93.824 kilogram (kg).

"Tangkapan pertama dibuat terhadap seorang mekanik warga tempatan berusia 34 tahun di sekitar Batu Caves, di sini.

"Penahanan lelaki itu membawa kepada penemuan bungkusan lut sinar berlabel teh cina mengandungi dadah jenis methampetamine seberat 68.6 kg dalam yang disimpan dalam sebuah kereta Nissan Almera diparkir berhampiran kawasan berkenaan," katanya pada sidang media, di IPD Gombak, hari ini.

Beliau berkata, polis turut menemukan 25 bungkusan sama yang mengandungi dadah methampetamine seberat 25.26 kg di bahagian bonet kereta kenderaan berkenaan.

"Susulan itu kita menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun dipercayai ahli sindiket di sebuah kondominium berhampiran lokasi serbuan," katanya.

Menurut Hussein, siasatan mendapati modus operandi sindiket yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan menjadikan premis seperti kediaman sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedar ke pasaran luar negara

Katanya, pihaknya percaya kedua-dua tangkapan berperanan sebagai transporter dan serbuan dibuat ketika dadah itu sedang transit dari satu tempat sebelum diambil ke tempat lain

"Pemeriksaan mendapati suspek pertama mempunyai rekod lampau bersabit dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Isnin lalu hingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.

Hussein berkata, pihaknya turut menyita dua kereta jenis Proton Perdana dan Toyota Estima dan wang tunai RM500 dan keseluruhan sitaan dan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM3.22 juta.

"Kita percaya dadah dirampas boleh dibekal kepada 187,000 pengguna sehari. Pihak polis sedang mengesan saki-baki ahli sindiket berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pas-dadah-rm31-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.089836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list