CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

[Johor] Kebakaran hutan belukar terburuk dalam tempoh tiga tahun

[Copy link]
Post time 18-10-2023 06:23 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus melakukan operasi memadam kebakaran hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove-Punggai, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Kebakaran hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove – Punggai yang melibatkan keluasan 32 hektar sejak empat hari lalu disifatkan paling teruk dalam tempoh tiga tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, ekoran itu masyarakat berhampiran terutamanya diminta agar lebih peka dengan situasi yang sedang berlaku dan mengutamakan kesihatan diri.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini tiada aduan berkenaan asap kebakaran tersebut dari penduduk berhampiran.

“Dalam tempoh tiga tahun ini adalah kebakaran paling teruk pernah berlaku dimana kampung berhampiran hanya terletak kira-kira 1 kilometer namun setakat ini asap kebakaran tidak menghala ke kampung.

“Bagaimanapun dengan kedudukan arah angin yang tidak menentu kita harap agar penduduk menggunakan pelitup muka ketika keluar rumah supaya tidak berlaku masalah kesihatan.

“Dipercayai kebakaran berpunca daripada kes kemungkinan dari kebakaran kecil tetapi tiada pemantauan menyebabkan ia merebak besar. Kita juga minta agar orang ramai berhati-hati ketika melakukan aktiviti membakar dan pantau supaya tidak libat dengan masalah seperti ini,” katanya ketika ditemui media di pangkalan operasi di Bypass Sebana Cove – Punggai, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Zon 2 Kota Tinggi, Penguasa Bomba, Rasidi Md Yunos berkata, 70 peratus daripada 32 hektar hutan belukar yang terbakar telah pun berjaya dipadamkan pada hari keempat operasi.

Katanya, tidak dinafikan pada peringkat awal operasi anggota terlibat berdepan cabaran ekoran keadaan cuaca dan angin kuat yang menyebabkan api merebak dengan mudah.

Tambahnya, kira-kira 60 anggota dari pelbagai agensi dikerahkan dalam operasi kebakaran yang berbaki kira-kira 9 hektar itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -tempoh-tiga-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048926 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list