CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Letak bahan mentah atas lantai, ada najis tikus, 2 restoran kotor diarah tutup

[Copy link]
Post time 19-10-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI Sepadu Bersih oleh DBKL sekitar ibu kota. FOTO Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Dua premis menjual makanan diarah tutup operasinya berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Sepadu Bersih sekitar ibu kota di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dikenakan selepas mendapati premis terbabit mengambil sikap sambil lewa dalam hal kebersihan.

"Ini termasuk meletakkan makanan mentah di atas lantai, terdapat kesan hurungan dan najis tikus di bahagian dapur dan lorong belakang premis dijadikan tempat penyediaan makanan.

"Arahan tutup operasi dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016," katanya.

DBKL berkata, operasi itu dilaksanakan 52 petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar di 41 premis di Bandar Baru Seri Petaling, Jalan Pasai, Jalan Radin Anum 2, Jalan Dutamas 1 dan L2 Hartamas Shopping Centre.

Operasi turut dijalankan di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, Jalan Ampang dan di Jalan Landak serta Jalan Brunei.

"Pada operasi itu, kita turut mengeluarkan 57 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana didapati melanggar Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap premis-premis terbabit kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan.

"Ini termasuk pemilik dan pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan, tidak memasang perangkap minyak dan perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik menyebabkan tersumbat dan berbau," katanya.

Kesalahan lain yang dikesan adalah lantai dan dinding di ruang dapur kotor dan berdaki hitam dan lesen perniagaan tamat tempoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... storan-kotor-diarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list